D R E A M E R


ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FACEBOOK TWITTER ASK.FM NEWER OLDER +FOLLOW

bila ada problem sikit mesti cakap " mati je la senang " masa tu memang kau ingat senang, kau tak fikir apa yang akan jadi masa kau dalam kubur tu. aku mengaku aku sendiri pun memang pernah cakap macam tu sebab masa tu aku memang dah tak fikir apa. tak fikir masuk syurga ke neraka ke asal kan semua masalah settle. sekarang aku sedar, aku dah rasa, aku dah dapat tanda tanda apa yang orang nak mati rasa. harini 31st august 2014, tinggal beberapa hari je lagi masa untuk aku. sekejap sangat. aku rasa aku tak sempat nak jawab pt3.

sebenarnya pertama sekali aku rasa kebas kaki masa bulan puasa haritu, mula-mula aku ingat cuma kebas biasa je then tiba-tiba terlintas dekat kepala pasal tanda-tanda kematian. tangan pun gatal search la google. baca punya baca kebas tu akan hilang bila seseorang tu sedar tentang tu. automatically kebas tu hilang. masa tu aku dah tertanya-tanya, " betul ke apa yang aku rasa ni? ke cuma mainan perasaan aku je" masa tu memang aku rasa takut.

sampai habis bulan puasa aku pun takde la excited sangat masa first day raya tu. rasa biasa je. tapi aku cuma rasa sedih sikit sebab aku satu family takde gambar raya . lepastu terdetik la dekat hati " mana tahu ni last aku celebrate raya, lepastu takde gmbr raya pulak tu" sejak tu, setiap benda yang aku buat , aku ingat mati, makin lama makin takut. banyak ke pahala yang aku ada? cukup ke bekal untuk masuk syurga? aku takut akan seksaan kubur. apa jadi nanti.................hari khamis, berapa hari bulan tah. pakcik amri meninggal. aku yang beriya iya nak ikut pergi tengok arwah pakcik amri. sampai je kubur, tiba tiba terlintas dekat kepala, " Allah bawa aku datang sini sebab Allah nak ingatkan pasal kematian aku ke" memang aku menangis . sebab ajal aku semakin dekat.

sampai lah harini, tinggal beberapa hari je untuk aku. aku rasa takut yang teramat sangat. aku takut kalau nanti dekat sana , aku dah tak jumpa mama , abah , ijal dengan aji. dalam kubur nanti , aku sorang sorang. aku takut akan azab Allah.

aku nak kubur aku yang dekat dengan rumah, nanti mama boleh ziarah aku selalu. kawan kawan boleh ziarah aku. aku harap sangat yang mama , kawan kawan aku , takkan lupa aku.  jangan lupa bacakan yassin untuk aku....

0 comment[s] | back to top